We and our partners use technologies, such as cookies, to recognize you and show you more of what you like. Please read our Privacy Policy to learn more. By using this website you agree to the use of those technologies.
I agree.
1 Dec 2018 aku telah pergi ke Batu Pahat untuk menghadiri satu show hardcore punk yang paling positive yang pernah aku datang dan sebelum aku pergi menonton persembahan itu aku sempat pusing pusing bandar Batu Pahat yang sangat tenang dan mempunyai bangunan yang sangat cantik. Apa yang aku dapat lihat dari lawatan aku ke bandar Batu Pahat adalah jalan jalan yang ada disini sangat pelik dari bandar yang ada di negeri aku sendiri dan pada aku negeri Johor adalah negeri yang pelik kerana kebanyakan bandar di negeri Johor akan ada banyak jalan sehala yang ianya sangat rumit untuk mencari lokasi sesuatu tempat jika kita tidak pernah datang ke satu satu bandar itu. Akhir sekali, aku telah dapat beberapa gambar yang menarik untuk menjadi tatapan kalian dan aku harap kalian akan suka dengan apa yang aku sampaikan dalam gambar yang ada dan ingat lah bandar Batu Pahat sangat cool walaupun orang orang disini kurang ramah tetapi anak anak hardcore punk di Batu Pahat adalah yang terbaik pernah wujud. #olympusmjuii120#kodakcolorplus#kodakcolor200#batupahat#johordarultakzim#malaysia
コメントはまだありません